cuba tgk iklan ni, iklan bunga dip kat bwh ni..
sekuntum bunga dip rm13.90..
paling murah pun rm5.90..
itu baru sekuntum..
cuba bayang kan kalau nak beli bunga dip ni,
100 kuntum tuk letak kat pelamin..
busuk2 rm590 hingga rm1390..
wahhhh..naik juling tgk angka tu..
blum buh telur lg..
huhh..berpeluh la lelaki2 yg bakal bergelar suami..
makin slimĀ la kumpul duit tuk kawen..
sudah nya duit mengalir mcm river baru lepas ujan..
haha..jd la slim river..mengarut dah..
mari kita ke laporan yg lebih berinformasi..
topik ini akan mengupas dan membincangkan mengapa,
kenapa dan bagaimana bunga dip boleh mencecah ribuan ringgit..
adakah pihak tertentu terlepas pandang atau xpandang lansung,
utk menyenaraikan bunga dip ini di bawah akta barang kawalan..
berikut adalah faktor2 kenapa bunga dip mahal..
1. bunga ini sgt cantik.
2. bunga ini nampak sgt exklusif.
3. bunga ini nampak sgt mewah.
4. bunga ini ada pelbagai warna.
5. bunga ini trend terkini.
6. bahan mentah utama bunga ini di import dr luar negara.
7. nama bahan mentah yg pelik2, contohnya Q dip dan strengthtener..pelik kan..
7. kelas2 mempelajari cam ne buat bunga dip berharga rm150 ke rm300.
8. bahan2 mentah tuk bunga ini mahal,–mungkin, blum habis kaji lg..
baru dpt harga seutas dawai = rm0.10 , cecair Q dip = rm14.90 ,
sebunkus manik = rm2.60
9. cara pembuatan bunga ini yg rumit dan memerlukan kesabaran
dan ketabahan yg tinggi dan kepakaran dan kecekapan dan hati yg ikhlas
dan byk step dan renyah dan leceh dan sakit2 tangan
dan sakit2 hati dll..–mungkin,
pun blum habis kaji lg..baru sampai peringkat pertama
membentuk dawai menjadi kelopak2 bunga..
telah membazirkan 10 utas dawai dlm R&D tuk meniru bentuk bunga tulen..
10. org berada je yg beli bunga ni..sbb tu mahal kut..
haha..ke aku je yg kecoh harge bunga ni mahal..org lain relex je..
ye la..igt senang ke nak kumpul duit 1k tu..
baik la beli gelang emas ke, beli saham ke, melabur dlm asb ke..
tentu2 ade untung..kan pakcik kan..






